FAMA Batu Kurau Transit Keli Afrika 14 Tan Metrik Setiap Bulan

Thursday, July 17, 2008 | | |

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Projek transit ikan keli Afrika oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Batu Kurau yang dimulakan tiga tahun lepas menerima sambutan positif daripada masyarakat setempat khususnya di daerah Perak Utara.

Bagi menampung permintaan pasaran, FAMA mendapatkan bekalan 14 tan metrik ikan keli setiap bulan daripada pusat hasil pertanian tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Melaka, demikian menurut majalah “Pemasar” terbitan FAMA.

Sebanyak lima buah kolam simpanan berkapasiti satu tan metrik setiap satu digunakan bagi menempatkan ikan berkenaan sebelum dipasarkan ke daerah Larut Matang, Selama dan Kerian.

Dalam pada itu, pihak FAMA menggunakan air bukit dan disalirkan ke kolam-kolam berkenaan bagi menjamin kesegaran ikan, menurut “Pemasar.”

Ikan keli berkenaan dijual runcit pada harga RM3.80 sekilogram, RM2.80 sekilogram bagi satu tan metrik ke atas manakala RM2.90 ke RM3 bagi satu tan metrik ke bawah.

0 comments: